[ONESHOT][COMPLETED][MALAY] Kasih Kembar

Go down

[ONESHOT][COMPLETED][MALAY] Kasih Kembar

Post  ureshi on Thu Jun 03, 2010 7:22 pm

Ini adalah karya Suliha. Su, kalau awk baca ni, jgn lupa notify your anata, ok?
I need you to repost this~

“Huarghh….mengantuknya. Pagi-pagi dah kena bangun. Malas betul nak pergi kerja hari nie.”
Soojin mengeluh kerana penat bekerja. Seketika kemudian dia menoleh ke belakang dan memandang sesuatu di atas meja katilnya. Gambar seseorang diamatinya dengan penuh kasih sayang.
“Ehm…saya sangat rindukan awak dan saya harap awak sentiasa bahagia di sana.” Soojin senyum dan memberikan ciuman kepada gambar tersebut. Ternyata kasihnya terhadap Lee Joon Shi tidak pernah berubah walaupun lelaki yang dicintainya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Lee Joon Shi seorang lelaki yang begitu menyayangi Soojin semasa hayatnya. Percintaan mereka pula langsung tidak mendapat tentangan daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Malah mereka juga merancang untuk berkahwin namun tidak kesampaian kerana Joon Shi terlibat dalam kemalangan jalan raya. Soojin mendapat tamparan yang begitu hebat kerana tidak dapat menerima kenyataan dan dia mengurungkan diri selama beberapa bulanSehinggakan dia bermimpi di mana Joon Shi muncul dalam mimpinya dan memberinya semangat untuk meneruskan kehidupan.

“Omma..selamat pagi. Appa juga..” Soojin menyapa kedua orang tuanya.
“Nampak seronok je anak appa nie. Ada apa-apa ke?”
“Ish..appa nie. Mana ada apa-apalah. Soojin kan macam biasa hari-hari.” Soojin melemparkan senyuman kepada ayahnya.

“Selamat pagi cik. Pagi ini kita ada mesyuarat tergempar. Tuan pengarah ada sesuatu yang ingin dibincangkan.”
“Baiklah…terima kasih ya Julia.” “Kenapa tiba- tiba je ya..?” Soojin termenung seketika.

Semua kakitangan syarikat telah pun memenuhi ruang meeting. Hanya menunggu kedatangan tuan pengarah sahaja. Seketika kemudian Im Hwan Joo yang merupakan CEO syarikat tersebut hadir.
“Hari ini saya ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Mulai esok saya akan bersara.” Sidang mesyuarat riuh bersuara dan bertanya sesama sendiri.
“Sabar..saya belum habis cakap.” Soojin memberi perhatian yang sepenuhnya kepada beliau.
“Ada seseorang yang akan menggantikan tempat saya. Dia merupakan cucu saya yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Dia akan berkhidmat di syarikat ini sebagaimana saya berkhidmat juga. Diharap semua dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.”
Semua kakitangan syarikat mula berbisik dan begitu ingin mengetahui cucu Im Hwan Joo.
“Dia akan datang hari ini. Saya akan memperkenalkannya kepada anda semua.”

Pintu bilik mesyuarat dibuka. Seorang jejaka melangkah masuk dengan penuh bergaya.
“Inilah cucu saya.”
“Anneyong haseyo.. nama saya Im Ryuwook. Sila beri tunjuk ajar.” Ryuwook tunduk hormat kepada semua. Soojin tergamam melihatnya. Lelaki yang persis mendiang kekasihnya hanya berbeza kerana memakai kaca mata. Soojin tidak dapat menahan air mata tetapi terpaksa disekat kerana masih berada dalam mesyuarat. Ryuwook menyapa semua kakitangan syarikat tidak terkecuali Soojin. Ryuwook menghulurkan tangan untuk bersalam. Soojin menyambutnya tetapi menitiskan air mata.
“Kenapa awak…?” Soojin terus meninggalkan ruang meeting dan menuju ke biliknya. Ryuwook termangu-mangu sendirian selepas ditinggalkan.
“Muka dia…kenapa sama dengan Joon Shi..??” Soojin meraung sendirian. Hatinya bagai tertusuk duri yang sangat tajam. Soojin tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjanya. Di fikirannya hanya terbayang wajah Ryuwook. Ryuwook juga sedang memikirkan apakah sebabnya Soojin begitu. Namun tidak berterusan. Dia terus meneliti semua fail dan akaun syarikat. Lamunan Soojin terhenti apabila biliknya diketuk. Seorang lelaki melangkah masuk ke biliknya.
“Err…ada apa Ryuwook shi?” Soojin terkejut tetapi cuba disembunyikan. Dia menjemput Ryuwook duduk.
“Maaflah kalau saya menganggu awak. Tapi ada perkara yang perlu saya tahu daripada awak. Sebagai ketua audit syarikat, awak semestinya tahu tentang akaun syarikat. Saya nak tahu lebih lanjut mengenainya. Kalau awak tak keberatan, boleh tak awak ceritakan pada saya?”
“Ehm…boleh. Nanti saya ambilkan fail akaun syarikat.” Mereka mula berbincang dan ternyata Ryuwook seorang yang sangat serius dalam pekerjaan. Berbeza dengan Joon Shi yang dikenali. Soojin mula sedar bahawa mereka hanya sama dari segi rupa tapi sangat berbeza dari segi sikap.

Soojin memandang ke arah tingkap bas. Bandar Seoul dibanjiri dengan lampu yang bergemerlapan. Soojin turun di satu perhentian bas yang biasa dilaluinya. Di situ banyak kenangan bersama Joon Shi yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Kedai bunga yang berada di belakang perhentian bas itu ditatap oleh Soojin.
“Sayang…nah bunga kesukaan awak dan…” Satu ciuman hinggap di pipi Soojin.
“Awak nie…tiap-tiap hari nak bagi saya bunga. Nanti habis bunga kat kedai awak.” Soojin memerli Joon Shi.
“Tapi saya rasa bukan bunga je yang saya bagi. Tapi ada special kiss lagi taw..” Soojin ketawa melihat telatah Joon Shi.
“Jom saya belanja awak makan sushi nak tak?”
“Ok..tapi biar saya tutup kedai dulu ya isteriku sayang...” Soojin menepuk manja bahu Joon Shi kerana gurauannya. Semuanya tidak kesampaian.
“Soojin shi…Soojin shi..” Seseorang memanggil Soojin dengan lembut.
“Ehm…” Soojin mengalihkan pandangannya.
“Awak…buat apa kat sini?” Ternyata Ryuwook yang menyapanya.
“Awak buat apa kat sini malam-malam macam nie? Nanti selsema pulak.” Ryuwook memakaikan Soojin dengan kotnya.
“Terima kasih.. saya cuma ambil angin sahaja. Awak pulak..” tanya Soojin.
“Saya baru je hantar tunang saya dekat hospital depan tu..dia ada syif malam.”
“Awak dah bertunang…..?” Soojin bertanya dalam keadaan teragak-agak.
“Ehm…dah. Dialah wanita yang dah membuka hati saya untuk mengenali cinta.” Soojin melemparkan senyuman kepada Ryuwook.
“Nanti nak kahwin, jangan lupa jemput saya ya..” Soojin mengusik Ryuwook.
“Lambat lagi pun. Kami berdua masing-masing sibuk. Tapi awak jangan risau. Saya pasti jemput awak.”
Setelah Ryuwook pergi, Soojin berlalu ke biliknya. Soojin menghempaskan dirinya ke katil . Sesekali matanya tertancap ke arah bingkai gambar yang berisi gambar Joon Shi. “Saya masih mengharapkan awak kembali menemani saya. Saya rindu awak, Joon Shi.” Gambar Joon Shi dipeluk erat. Soojin akhirnya tertidur di katilnya.

“Soojin…awak free tak malam besok?”
“Saya free je..ada apa ya Ryuwook?”
“Awak temankan saya makan malam ya..?” Belum sempat Soojin memberi kata putus, Ryuwook menutup pintu bilik Soojin dan memberikan senyuman yang manis kepadanya.
“Kenapa tiba-tiba je nak ajak aku keluar makan malam..?” Soojin tertanya-tanya dengan tingkah laku Ryuwook.
Soojin datang ke restoran yang diberitahu Ryuwook. Restoran yang sama di mana Joon Shi meraikan harijadinya. Soojin menahan sebak. Ryuwook muncul sambil bermain gitar dan menyanyikan lagu harijadi untuknya. Persis Joon Shi. Ryuwook yang berpakaian biasa dan tidak memakai kaca mata memang sama dengan Joon Shi. “Saengil chukkae..” “Ter…terima kasih Joon Shi…er…Ryuwook.”
“Sama-sama..saya harap awak sukalah dengan tempat nie..”Ryuwook menyuapkan kek ke mulut Soojin. Pada mulanya Soojin menolak tetapi setelah dipujuk akhirnya Soojin menerima suapan Ryuwook. “Awak gembira tak malam nie?”
“Ehm..gembira sangat. Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi.”
“Saya gembira kalau awak gembira. Harap abang pun gembira juga.”
“Abang…??”
“Ah…tak ada apa-apa. Jom saya hantar awak balik. Soojin masih terfikirkan perkataan yang diluahkan Ryuwook sebentar tadi.
“Abang…? Siapa abang dia…? Setahu aku dia cucu tunggal dan tak ada abang.” Ryuwook pergi ke hospital dan bertemu dengan seseorang.
“Macam mana dengan date tadi..?” Minyoung bertanya.
“Macam biasa je..saya buat sebiji macam abang buat. Dia nampak terkejut sangat. Lepas tu, tiba-tiba je saya terlepas cakap yang kata abang mesti suka. Dia pun tanya pasal abang.”
“Habis tu macam mana..??”
“Saya cepat-cepatlah cover.”
“Ish..awak nie..nyaris je taw. Saya rasa awak kena beritahu dia perkara yang sebenar. Awak tu adik kembar Joon Shi. Awak pun suka dia kan..?”
“Memanglah….tapi kalau dia tak boleh terima saya macam mana..? Haru nanti jadinya. Saya tak nak kecewakan dia. Saya sayang dia macam mana abang sayang dia jugak.”
“Saya tahu…awak suka kat dia dari zaman universiti lagi..tapi..sampai bila awak nak rahsiakan perkara nie.” “Nanti saya cubalah Minyoung.” Minyoung cuma menganggukan kepalanya sambil memerhatikan Ryuwook.
Ryuwook menekan butang di telefon bimbitnya. Nombor Soojin tertera di kaca skrin. Seketika kemudian nombor itu dipadam dan didail semula. Akhirnya, Ryuwook menghempaskan diri di katil dan menjerit sendirian.
“Kenapa muka monyok je…semalam tak dapat tidur ya…?” Soojin bertanya kepada Ryuwook yang tiba-tiba masuk ke bilik pejabatnya. Soojin sudah mula rapat dengan Ryuwook. Tetapi masih dijaga peribadinya setelah mengetahui Ryuwook merupakan tunangan orang. Ryuwook menarik tangan Soojin dan naik ke tingkat atas bangunan. “Soojin…..saya…ada benda nak beritahu awak. Awak boleh marah saya, pukul saya…apa je yang awak nak buat.”
“Apa nie….saya tak faham..”
“Lee Joon Shi….dia…abang kembar saya. Dia yang suruh saya buat semua nie..saya buat sebab saya sukakan awak. Tapi saya tak nak berebut dengan abang sebab dia sangat cintakan awak. Dan dia…bukan mati sebab kemalangan.. tapi barah paru-paru yang dihidapinya. Awak ingat lagi tak..awak pernah datang kedai bunga dan terus peluk Joon Shi lepas awak dapat kerja..?” Soojin memandang Ryuwook. Air mata mula menitis di pipinya. Jantungnya seakan-akan berhenti seketika.
“Ya..saya ingat masa tu. Tapi Joon Shi lain sangat. Dia terlebih ceria daripada biasa.”
“Itu bukan Joon Shi..tapi saya..Ryuwook. Masa tu Joon Shi masuk hospital. Dia pengsan kat apartmen dia. Jiran dia yang hantar ke hospital. Selama dia dalam wad, saya yang menyamar jadi dia dan saya dah mula jatuh cinta pada awak.”
“Tapi macam mana pulak awak…boleh cakap dia terlibat dalam kemalangan sedangkan…..”
“Dia yang suruh saya rahsiakan daripada awak. Dia pun dah tahu yang saya sukakan awak. Dia suruh saya layan awak dengan sebaik mungkin. Lepas je dia meninggal dunia, saya sambung pelajaran di States. Saya tak boleh terus duduk di sini takut akan buat awak lagi sedih. Dan saya tak sangka awak kerja di syarikat datuk saya.”
“Joon Shi…..Joon Shi….dia tak pernah cerita dia ada keluarga sebelum nie.”
“Abang suka hidup berdikari. Dia tak suka kerja makan gaji. Sebab tu dia buka kedai bunga dan tahu awak suka bunga. Jadi dia bersemangat nak buka perniagaan sendiri. Datuk tak pernah menghalang. Hubungan mereka masih baik sehinggalah abang pergi meninggalkan kami…” Soojin mengesat air matanya. Ternyata Tuhan telah mengabulkan doanya dengan menghantar seorang insan yang turut mencintainya.
“Ryuwook…tunang awak macam mana…?”
“Jangan risau.” Minyoung menerpa mereka.
“Saya tak ada apa-apalah dengan Ryuwook. Itu semua alasan je..saya memang dah ada tunang tapi dengan doktor juga bukan dengan businessman nie.” Minyoung menumbuk perut Ryuwook. Ryuwook batuk kesakitan.
“Sakitlah…”
“Macam tulah sakitnya kalau awak lukakan hati Soojin. Jaga Soojin baik-baik.”
“Saya janji saya akan jaga Soojin sampai akhir hayat saya.” Ryuwook menatap wajah sayu Soojin dan memeluknya dengan erat. Satu ciuman hinggap di dahi Soojin.
“Saranghaeyo…”

“Ok….dekat sikit. Ryuwook manjalah sikit dengan Soojin. Satu, dua, tiga….” Gambar perkahwinan mereka digantung di bilik. Soojin sah bergelar isteri kepada Ryuwook. Namun gambar Joon Shi masih diletak di situ. Kelihatan Soojin dan Ryuwook duduk di balkoni.
“Joon Shi hyung, Soojin dah jadi milik saya. Ini semua hasrat abang. Semua dah tercapai.”
“Joon Shi…saranghae…” Ryuwook mencubit pinggang Soojin.
“Kenapa awak cakap macam tu kat orang lain..sedangkan suami awak kat depan nie?” Ryuwook merajuk manja. Soojin memujuknya dengan memberikan ciuman di bibir suami tercinta.
“Saranghae….” Ryuwook senyum dan memeluk erat isterinya.


TAMAT
avatar
ureshi
Admin
Admin

Posts : 10
Join date : 2010-06-03
Age : 27
Location : In Yunho's arm...tightly~

http://sushiforum.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum